Followers

Friday, February 26, 2010

Kasut Murah vs Kasut Mahal

Salam,
Satu hari, seorang aweks sedang membeli belah di sebuah pasaraya besar setelah mendapat biasiswa. di dapati nya pelbagai jenis barangan idamannya di jual disitu. Aweks itu terasa sangat heaven untuk membeli belah disitu. Semasa sedang berjalan-jalan meninjau barang-barang yang ingin dibeli, aweks itu terpanggil dengan satu suara "kak, tengok-tengok lah kasut kat cni, cantik-cantik dan murah-murah..tiga kasut 40 inggit je".Aweks tu terus terpikat dengan promosi harga yang ditawarkan lalu membeli 3 kasut berharga 40 ringgit.

Aweks itu meneruskan perjalanan lagi dan kali ini ke sebuah butik exclusive yang menjual pelbagai jenis kasut idamannya. Namun, dia sedikit kecewa kerana ketika itu, rekaan kasut yang di jual agaklah simple berbanding 3 kasut yang baru dibelinya sebentar tadi. Setelah di belek-belek, akhirnya aweks ini terpikat untuk memiliki sebuah kasut yang tampak simple.

Setelah pulang ke rumah, aweks ini mencuba ke empat-empat kasut yang dibelinya tadi. 3 kasut murah tadi sangat cantik dan kasut yang dibeli di butik exclusive tadi nampak kurang menyerlah berbanding 3 kasut lain. Keesokannya, aweks tersebut pergi kekelas dengan memakai kasut tersebut.

Hari pertama (kasut murah1):
"Wah, cantiknya kasut kau" puji rakan aweks itu. Sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aweks terjatuh, terpelecok. Alamak, tumit kasut itu patah. menyebabkan gadis itu terseliuh. Sudah lah tereliuh. kasut itu jugak rosak.

Hari berikutnya (kasut murah2):
"Banyak nya kasut baru kau" sapa rakan aweks itu lagi. Kasut itu digunakan seharian ke kelas dan bila pulang, gadis itu mengeluh, melecet rupanya, sempit. Habis merah dan melecur buku lali aweks itu.

Hari seterusnya (kasut murah3):
"Kali ini kasut apa pula" tanya rakan aweks itu. Happy dengan kasut kali ni, tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun kebahagiaan aweks itu tidak bertahan lama, aweks itu tiba-tiba mengerang kesakitan. Di tanya mengapa aweks itu rasa sakit, dia menjawab kasut ini terlalu keras tapak nya sehinggakan dia berasa sakit untuk berjalan.

Hari berikut-berikutnya..hihi (kasut mahal):
Kali ini tiada yang perasan dengan kehadiran kasut baru aweks itu lagi. Tiada lagi rasa extra gembira kerana tiada pujian dari rakan-rakan. Tapi, aweks itu menyedari sesuatu, dia tidak lagi kecewa kerana kasut itu tidak patah tumitnya, tidak sempit, dan tidak keras tapaknya untuk di pakai. Sebaliknya berasa selesa dan sesetengah rakannya perasan bahawa kasut itu kasut berjenama dan akhirnya dipuji sekali lagi oleh rakannya kerana kualiti kasut tersebut. Aweks itu sangat gembira dan sangat menyayangi kasut tersebut. Tidak perlu ditukar ganti untuk membeli yang baru.

Kasut murah dan kasut mahal, banyak perbezaannya.

*Kasut murah: mudah dimiliki dan mudah disakiti, hanya dilelong dan tidak di pamerkan di kedai exclusive. bila si pemakai terasa bosan, kasut murah itu di lupakan lalu di ganti dengan kasut lain.

*Kasut mahal: dimiliki kerana kualiti, selesa dan environmental friendly to the owner, jenama kasut itu membuatkan ramai ingin memiliki tetapi harus mengumpul wang yang cukup untuk membeli, tidak perlukan promosi hebat kerana jenama yang sudah di kenali.

p/s: jadilah seperti kasut mahal :)

17 comments:

Kimi Asyraf said...

oh ok.....

xnk jadi kasut boleh?
nak jaid orang biase2 je... xnk la kasut....

~nABILa~ said...

analogy terbaik la azry....hihihi=)

AzRy SyaFiQah said...

kimi:
ni la namanya tersirat.
pandai2 tafsir sendiri,
kalau jadikan manusia biasa,
ramai pula yang akan terasa. kui3

nabil:
thnks nabil :)

ned ~ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

comel la cerita nh. sgt ske kasut dlpm pic 2. =)

syafiq roslan said...

awekss tuee mestii sgnn kn tymee jatuhh teerpelecok.....wakkakaka

AzRy SyaFiQah said...

ned:
tq :)

syafiq:
hahaha..aweks tu aweks kau la kot haha

wardatuljannah said...

sakam azry..
best2 cite ni..
suke sangat..
nt dah mnx izin dijadikan modal cite dlm blog ziha boleh..???

AzRy SyaFiQah said...

salam ziha:
yeke,
thnks,
tiba2 dpt ilham nk buat heheh..
boleh2..kita x kisah pun..
:)

Anonymous said...

Hehehe..
cite nie wt aku berpk lek..
mcm aku da lpekn sesuatu kt diri aku bru2 nie..huhu

anyway,nice story azry..
moge ko jd kasut mahal k..
tp jgn jual mhl..
nnti sush~ :P
hehehehe

AzRy SyaFiQah said...
This comment has been removed by the author.
AzRy SyaFiQah said...

anonymous:

i think i know you..
haha..
crita ni random je,
tiada kaitan dengan sesiapa dalam kehidupan.

cuma nak beri pengajaran kepada diri sendiri dan orang disekeliling.
semoga kita jadi kasut mahal tu!
insyaAllah, x penah ada niat nak jual mahal..
tapi tak ada orang y nk..huhu

Anonymous said...

0f c0urse u n0e me..
im ur gud fren ever.. :)

yup2..m0ge kte mampu jd kasut mhl 2..
azry,u r 1 0f kasut mhl laa 2..
pe0ple tkut nk beli 0r dekat..
bkn xde spe yg nk.. :D
hehehe..

m0ge2 azry dpt jmpe kasut kulit yg mhl juge..hehehe

AzRy SyaFiQah said...

anonymous:
;) insyaAllah, one fine day!

norashikin rahmat said...

slm azry,
azry, were in the same boat! (not in the same shoes, haha) sbb ikin pun ada tulis tntg analogi kasut kat blog 2 minggu lepas. azry ape kaba? dah lama tak jenguk sini.

semoga dirahmati Allah.

AzRy SyaFiQah said...

shikin: oh serious? x sangka kita boleh terfikir benda yang sama kan..

baik alhamdulillah,
rajin2 lah ye jenguk blog azry :)

Anonymous said...

I read this forum since 2 weeks and now i have decided to register to share with you my ideas. [url=http://inglourious-seo.com]:)[/url]